Apakah itu HARMONI UPM?

Harmoni UPM adalah persatuan dakwah, tarbiah, dan aktivisme yang berfokuskan kepada pembangunan mahasiswa secara menyeluruh. Harmoni juga berperanan menjana perubahan (Islah) masyarakat kampus serta mendepani isu-isu semasa mahasiswa di peringkat nasional dan antarabangsa serta membina pemimpin ummah masa depan.

“Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah.” [11:88]


Persatuan Belia Harmoni UPM merupakan sayap mahasiswa bagi Pertubuhan IKRAM Malaysia yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti dakwah dan tarbiyah di alam kampus.

 

Video Pengenalan Belia Harmoni UPM sesi 20/21